Wednesday, 26 April 2017

Cerita Hati

Assalamualaikum.

Rasanya sudah sampai masa untuk aku meluahkan keresahan hati melalui tulisan panjang. Disini. Di mukasurat yang sentiasa menemani jalan kehidupan. Dari sebelumnya lagi, aku gemar berbicara sendiri, menyatakan isi hati dan berbincang tentang diri ini, disini. Dengan harapan setiap yang terluah adalah keterbukaan ku untuk menerima takdir dan melepaskan.

Takdir. Kehidupan. dan Percaya.

Perkara perkara yang sentiasa difikiran. Yang selalu disalah tafsirkan dan selalu dimarahkan.
Takdir itu dikecam hebat kerana setiap yang berlaku itu jarang mengikut pilihan hati. Itu takdir. Bukan mengikut apa yang dirancang. Dan merasakan perkara ini berulang kali adalah satu penyeksaan hati. Menolak takdir itu, memarahi tuhan. Marah dengan keadaan diri. Marah dengan setiap pilihan dan keputusan yang telah dibuat. Tiada yang boleh diputar kembali kerna masa iu hanya milik tuhan yang Maha satu. Sepatutnya, hamba ini mengunakan ia sebaiknya dan sepenuhnya. Percaya dengan takdir itu seperti memakan muntah, menghidu tahi, berjalan dia atas bara dan masih gagah meneruskan ke hadapan. Ini kata kata dari diri yang merasakan ketidak adilan takdir, bukan dari sudut neutral. Tiada yang neutral lagi setelah merasakan ini dan itu. Kepercayaan terhadap takdir itu semakin menipis. Percaya bahawa takdir lah yang terbaik. 
" Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) seelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah." (57:22)

Tapi, tertulis sudah dalam kitab Al-Karim tentang semuanya. Apa lagi yang boleh diperkatakan selain membetulkan? dan percaya? Berikan aku pandangan mu, buah fikiran mu. Untuk mencapai kepercayaan yang satu itu bukanlah perkara yang mudah. Percaya dan kembali tidak percaya. Bergantung dengan keadaan. Ini sangat menjelaskan betapa lemahnya iman ini. Kerana berani berani menyoal tentang perkara yang sudah tertulis, terancang dengan hemat dan kefahaman yang sepenuhnya tentang setiap satu kejadian hanya kerana ia tidak sama dengan apa yang dirancang sendiri. Susah. Payah. Mencabar.
" Dan tidak ada sesuatu pun melainkan disisi Kamilah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan kadar yang tertentu." (15:21)

"...melainkan dengan kadar yang tertentu." Ada masa dan ketika untuk hamba ini menerima nikmat nikmat yang tak terkira banyaknya dari tuhan itu. Dan setiap satunya turun dengan kadar yg ditentukan. Itulah orang kata, perkara perkara yang ghaib ini hanyalah dalam pengetahuan Allah dan bukanlah hemat hambaNya untuk memegang sedemikian penting pengetahuan. Belajar menerima ini sememangnya sukar, dan tidak terkira oleh hati ini berapa kali dirobek tajam dengan lidah manusia yang mengalunkan bait indah dunia hanya untuk menjadi yang sementara. Berikan kawan atau kekasih.

Terima. Syukur.

Yakin hati ini, masih aku belum belajar erti menerima dengan sepenuh penerimaan dan bersyukur dengan tiap tiap sesuatu. Mereka kata ini proses untuk menjadi dewasa. dan dewasa bukanlah diukur dengan angka. Mungkin jika lebih bertenang dan berfikir itu adalah ukuran seorang dewasa. Aku tidak pasti. Yang pasti menerima sesuatu itu masih satu kepayahan dan aku masih menyoal perkara perkara itu dan ini. Pastinya, aku perlu sedia menerima apa juga yang bakal berlaku dengan perasaan bersyukur kerna tuhan masih mengambil berat tentang diri hamba ini. Hamba yang banyak marah dari berfikir, lebih banyak menyoal dari menerima, lebih banyak menghukum dari bertenang.

aku bermohon dengan tulisan ini, adalah kesedian aku untuk menerima dan melepaskan. Bukanlah hanya omongan kosong. Dan tulisan ini adalah sebagai peringatan, yang disukai tidak semestinya yang terbaik dan yang terbaik pasti memberi kebahagian.

Terlalu banyak kemungkinan yang terlintas;
mungkin aku ini masih kebudak budakan
mungkin aku ini tidak seperti yang difikirkan
mungkin aku ini terlalu susah untuk difahami
mungkin aku ini tidak sekufu
mungkin aku ini bukanlah yang terbaik
mungkin aku ini hanya berperasaan sendirian
mungkin aku ini bukanlah siapa siapa
. . .
hanya mengharap pada sesuatu yang tidak abadi dan menyakiti diri sendiri

Memaafkan mereka dan diri sendiri tidak pernah mudah. Pedih hati ini selalu dirasakan setiap kali aku terlihat kau. Aku sebenarnya keliru sama ada yang dirasakan itu adalah sakit atau hanya satu kerinduan. Tapi maafkan aku jika hadirnya diri ini tidak pernah membahagiakan dan hanya mengelirukan. Hanya menambahkan kekusutan di kehidupan kau. Maaf kerana tidak pernah memahami; sesungguhnya aku masih belajar untuk memahami. Maaf pengharapan aku terlalu tinggi untuk kita yang tidak pasti.

Maaf.

yfis

No comments:

Post a Comment