Friday, 23 December 2016

Pikiran

Dimana permulaanya
Kekosongan hati
atau lompong nya minda
atau kedua-duanya

Bicara soal pemikiran ini
banyak muslihatnya
banyak pusingnya

seperti kata plato
adakah satu dicampur dengan satu itu menjadi dua atau ada kemungkinan yang lainnya yang bukan kerana satu dicampur dengan satu lagi menjadi dua perkara. 
atau begitulah katanya plato (aku sekadar menyimpulkan katanya yang berbelit itu. ahli filsuf)

Bila banyak menelaah ini
makin runsing jiwa
seperti rasa kehilangan
atau kekurangan lebih tepat
semakin terasa bodoh

atau aku sebenarnya semakin jauh

macam inception
mimpi dalam mimpi
dalam mimpi
dalam mimpi

keliru mana satu realiti
selepas kematian atau sekarang ini

mencari apa pun
kadang kadang aku tak pasti
yang pasti hanya
aku mencari

mungkin terlalu banyak berpikir
orang pikir pikir ini gila
jiwa dan kesemuanya
aku tak mahu lagi gila
masih waras

katakan pada ku
tidak apa jadi gila kerana membaca
kerna buku buat aku bahagia
bahagia dan merasa kepunyaan


No comments:

Post a Comment