Wednesday, 31 August 2016

Sekarang

Aku terpanggil untuk menulis
tentang semasa dan ketika ini
...
Lelahnya tubuh kerdil ini
terasa bertambah umurnya diri
dan kafein sebagai ubat
mengagahkan diri melangkah
satu demi satu
tapak demi tapak
menuju sudut berehat
kopi panas malam ini menjadi teman

Kau datang membawa kehangatan
nafas mu menarik perhatian ku
kita bersentuhan
hangat yang membawa ketenangan
bau-mu seakan menjemput
menjemput aku ke dalam keselesaan

Terlalu banyak yang aku pikirkan
dan kau semacam paham akan perasaan ini
yang perlukan belaian
Kau tetap disitu
sambil aku masih bercerita
bercerita tanpa kata
setiap sentuhan bibir
kau menjawab dengan kehangatan

Tapi masa mu singkat
dan masih terlalu awal untuk aku berhenti
berhenti dari berharap

Kau kata kau akan kembali
di lain waktu dan ketika
di ketika yang hanya mata mampu menyampaikan
cerita hati yang aku sendiri sukar  paham
dan kau akan mendengar
dan kau akan menemani
jiwa sulit
gadis kecil
berhati kusut
...
Andai pertemuan ini mampu meleraikan kekusutan hati
yang datang tak mengira keadaan dan masa
yang sentiasa dahagakan perhatian
yang sentiasa butuhkan jawaban
Pasti aku lebih tenang
Pasti aku dapat bertahan
untuk setapak lagi
menuju kefahaman kehidupan




No comments:

Post a Comment