Wednesday, 20 May 2015

Angan-angan

Seronok bukan
Punya angan-angan
Setinggi yang mampu diimaginasikan
Angan-angan yang meneman
Pembawa senyuman dikala hujan
Angan-angan yang berada di hujung lidah
Ditelan mati mak, diluah mati bapak
Hiperbola
Hati melonjak
Hanya kerana sebuah
Angan-angan
Yang mungkin kenyataan bagi seseorang
Tapi hanya angan-angan
Angan-angan yang dibawa
Sebagai penyejuk jiwa
Dengan kekusutan dunia
Bermain dengan kata-kata kalau
Jujur sedikit sendu
Kerana angan-angan bukanlah suatu yang mudah dicapai
Angan-angan tingginya seluas angkasa
Sedalam lautan
Dan angan-angan sentiasa bersama
Untuk setiap ketika
Ketika lupa dan separa lupa

Okay,nanges. Nak kawen dengan orang korea jugak. Even matluthfi pun ada buah hati. T_T

No comments:

Post a Comment