Thursday, 15 August 2013

Lebaran 2013

Tersenyum aku
Menggeletek diri dengan keletah anak anak
makcik makcik
akak akak
abang abang
kawan kawan
aku fikir aku jauh
jauh dari rumah
tapi 
aku salah
rupanya aku bina rumah di sini
di bumi maori
memang tak semeriah rumah di bangi
memang tak sesyahdu rumah di bukit mahkota
tapi merasa cukup itu kan indah?
Kalau bicara pasal hati
aku mengaku ia semakin gelap
tapi tuhan masih beri peluang bersihkan
jangan lepaskan
sebab itu aku kata
merasa cukup itu indah.
walau aku sendirian
sendirian melayan perasaan yang hanya kita yang tahu
kita berlima
tapi jangan risau
Tuhan pelihara aku
Dia hantar bahagia dari setiap bentuk
walau aku sendiri
aku tak rasa sendiri
aku rasa sendiri dalam ramai
merasa bersama dalam sendirian
ini bahagia aku.
bukan aku tak perlukan mereka
cuma 
ini bahagia aku.
bahagia yang aku sendiri rasa.
aku perlukan perhatian
tapi aku dah jumpa kasih sayang
jangan risau 
Lebaran 2013 ini aku bukan sendiri
aku bersama kesayangan yang Dia hantar
cukup aku rasakan perasaan ini dengan diri sendiri
tamak perlu dikawal jadi aku cuba
sebab itu
ini bahagia aku.
Lebaran 2013 mengajar aku
makna menghargai.

No comments:

Post a Comment