Tuesday, 5 February 2013

Situasi

Aku alpa.
Biasa manusia, terlupa bukan seketika tapi hampir selamanya.
Jika tiada yang mengingatkan.
Tapi ego kau dan aku tiada bezanya.
Aku berkata.
Kau bersuara.
Masing masing, hati tegar mengendah.
Sedar bukan, akhirnya suara hati kecil yang menyesal.
Ini hal aku.
Kata kau.
Tak kurangnya aku.
Ahh..
Dalam agama tiada pasrah selain redha dan berserah.
Tiada putus asa selain tetap berdoa.
Hati aku. Hati aku.
Dia yang pegang.
Bukan ego dan perasaan.
Bukan musuh tuhan.
Merangkak, mungkin.
Tapi aku bakal berjalan.
Pada siapa bersuara, meluahkan isi hati.
Pada Kau.
Bukan kau.
Bingung.
Tapi masih rasional.
Marah.
Dapat apa?
Diam.
Aku rugi.
Bersuara.
Hilang dalam keramaian.
Tapi ada yang mendengar, melihat dan merasa.
Aku mesti kuat.
Kuat mendapatkan tempat.
Aku penat tenggelam.
Hilang di dasar lautan.
Aku bukan sampah.
Cuma makhluk yang kecil.
Selalu terumbang ambing mencari agama dan tuhan.
Sebab kurangnya iman, kurangmya usaha, kurangnya berdoa.

No comments:

Post a Comment