Wednesday, 5 December 2012

Apa Erti Saya Menganut Islam

Assalamualaikum
Bismillahirrahmannirrahim

Izinkan saya menggunakan bahasa ibunda, agar apa yg ingin disampaikan tercapai. kerana ceteknya ilmu saya berbahasa inggeris.

kalau dulu saya mengomel betapa payahnya untuk saya istiqamah dalam perjuangan diri mencari jalan yang lurus, yang telus dalam menerima kebaikkan dalam diri agar menjadi lebih baik. kini, saya ada kelapangan, kelapanagan yang membolehkan saya berada dalam dua keadaan. 1:kelalaian , 2: pertambahan ilmu . Niat di hati, pasti setiap insan, mesti mahukan perubahan ke arah kebaikkan walaupun sebesar atom. tapi mengapakah diri merasakan keadaan terlalu tidak mengizinkan penghijrahan berlaku. Jihad, ibadah yang mencabar untuk dilakukan tapi besar kesannya dan balasannya.

Buku "Apa Erti Saya Menganut Islam" membuka minda saya tentang perkara yang sering disebutkan dibibir  ini namun sedikit sekali keprihatinannya. acapkali saya persoalkan tentang penguasaan diri, tentang ibadah sebagai seorang muslim, sebagai muslim dalam keluarga tapi jarang sekali aplikasi yang dilakukan. konteks yang dibawa dalam buku katrangan Fathi Yakan ini, seorang jurutera membuatkan saya tersentak dan ingin kembalikan semangat saya untuk terus berjihad secara istiqamah. Pendekatan yang dilakukan benar2 menarik hati ini untuk teruskan membaca. Penggunaan 'saya' dalam pembawaan kata2 menjadikan saya tertarik dan tetap fokus membaca. sebagaiman dalam pembacaan AlQuran, dimana cara yang diajar oleh naqibah untuk merasakan Allah berinteraksi dengan kita, adalah dengan memasukkan diri dalam setiap kata ganti nama diri itu.insyaAllah bertambahlah pemahaman kita terhadap AlQuran dan apa yang disampaikan oleh tuhan semesta alam, AlMalik.

Isi kandungan yang diberikan :
  1. Saya mestilah muslim dari sudut aqidah
  2. Saya mestilah muslim dari sudut ibadah
  3. Saya mestilah muslim dari sudut akhlak
  4. Saya mestilah muslim terhadap keluarga
  5. Saya mestilah dapat menguasai diri
  6. Saya mestilah meyakini masa depan untuk islam
dalam setiap pecahan, setiap satunya dibahas dalam keadaan yang baik. dengan hadis dan firman Allah yang cukup banyak untuk menguatkan setiap isi penting yang diberikan. setiap satunya mengajak mendekatkan diri kepada ArRahman dan kembali kepadanya dengan serendah rendah hati. Berlemah lembutlah, cekal dan istiqamah disamping bersangka baik. Pembentukan insaniah diri yang terpenting. InsyaAllah. terlalu banyak yg ingin disampaikan namun bukan semua dapat bersabar membaca post yang panjang. insyaAllah bacalah buku ini sebagai salah satu penambahan ilmu di kelapangan yang deberikan oleh Allah kepada kita. Agar kita sentiasa mengingati Allah dalam lapang dan sempit. InsyaAllah.

p/s: kuatkan semangat untuk istiqamah
p/s/s: teruskan jihad kita saudara2 ku


No comments:

Post a Comment