Friday, 21 September 2012

Kebarangkalian

Assalamualaikum
Bismillahhirahmannirrahim

Dalam diam melayari dunia sebagai pelajar bergelar mahasiswi ijazah, dalam keterpaksaan mengejar segala pelajaran untuk kepentingan masa hadapan, dalam usaha memperbaiki diri yang lemah, dalam menjadi seorang gadis yang berjiwa besar dan bercitacita tinggi, dalam meyakinkan ayah dan ibu tentang perubahan kearah solehah, dalam mencuba menyatukan diri dan alam untuk merasai kecintaan kepada Ilahi dan kekasihNya, aku jarang terfikir tentang apa yang sepatutnya aku lakukan. Iya, menjadi seorang hamba yang taat. Hilang stelah bermulanya musim kedua kehidupan ijazah, puas menggapai sesuatu namun tiada. tapi aku faham kerana ada yang cuba menarik tapi aku melepaskannya kerana ego dan sombong yang aku sendiri mengerti. Pada siapa ingin dikatakan setipa sesuatu, bagiku pada makhluk yang dipanggil manusia, fitrahnya sebegitu walaupun kemestiannya pada ArRahman. Kekasih yang agung. Kembali kejalan yang lurus? Mudah lidah berbicara tapi minda itu dikawal oleh hati yang mudah terpengaruh dengan sang api. Berpegang pada kitab QuranulKarim? jauh dan payah untuk dilekatkan pada hati dibandingkan dengan membawanya ke mana mana. Menunjuk itu lebih senang dari mempamerkan secara tidak langsung. Berkali kali ingin kembali, berkali kali cuba melembutkan hati tapi sampai kini tidak berjaya. Kekuatan iman? Ditahap yang terendah. Merungut sekarang? Memang! Namun adakah ia relevan dengan ilmu yang telah dijana dari setiap perjumpaan bersama naqibah, dalam setiap majlis yang dilindungi dengan sayap Sang Cahaya? Fikirlah kerana akal adalah perbezaan manusia dengan haiwan. Kelebihan diberikan untuk digunakan dan menjadi yang terbaik bukan untuk diperlekehkan dengan memikirkan perkara yang selekeh. Sepatutnya diperdengarkan dengan ayat ayat suci tapi telinga memilih instrumental musik yang dikatakan akan gelap hatinya. Bukan tidak mahu cuma bagi diri yang kerdil, mahukan sesuatu yang kena dengan jiwa. Mengerti Islam bukan menurut kata hati tapi niat itu hanya kita dan AlHakim yang tahu. Ada apa dengan cinta? Penyatuan hati nurani dengan alam untuk memuji kebesaran AlMalik dan sentiasa merasakan kehadirannya. Banyaknya dugaan adalah kerana satu, Dia ArRahim, gunakan dugaan sebagai batu loncatan menjadi semakin rapat denganNya. Bayangan tentang kehadirannya disisi seperti kisah cinta manusia adakah sesuatu yang salah? Minda terdidik dengan sendirinya sejak kecil. Aku hanya pandai bermain dengan perkataan tapi perbuatan, ku tandus di pertengahan. Sudah lali dengan kewajipan untuk menjauhi zina dari setiap sudut dan kerana itulah kekuatan yang ku mahukan dari Kekasihku dalam menjadikan ku kekasihnya yangs setia. Zina dari setiap aspek. 


p/s:maafkan diri kerana berbicara dalam bahasa.
p/s/s: reminiscence the past. 

1 comment: