Monday, 2 April 2018

Sebelas Suku Malam

Perasaan itu tak pernah salah
Tapi sayang
Masa dan ketika yang menghampakan
...
Kata kata bagi aku
Ia lah permulaan segalanya
Aku lebih suka menggauli kata kata dan pemikiranmu
Tentang apa apa dan semua
Antara angkasa dan tanah paya

Kata kau
Aku penyebab kau seronok berbicara
Kata aku
Kita bicara bahasa yang sama

Terima kasih untuk
Perasaan yang sementara
dan
Pembukaan mata hati
Pada cinta sama si hitam
Yang memang sudah sebati dengan hati
Akan kubawa kehangatan secangkir kopi
dalam hari hari yang membahagiakan

Ini cara aku melepaskan
Apa apa yang masih tersinggah
...

Tapi sayang
Masa dan ketika yang menghampakan

Sunday, 18 March 2018

Hari

Untuk apa menjadi begini
Kepuasan diri
atau
Mencari identiti
atau
Hanya mengikut ikutan
Dia yang kau rasa sempurna
. . .
Tiada yang terbaik
Hanya boleh menjadi lebih baik
Dan tiada teringatkan
Diri yang tak punya unik
Sama seperti yang lainnya
Tiada tersentuh
Hati yang sendiri
atau mencari

Monday, 26 February 2018

Dua Empat Februari Lapan Belas

Nuansa Bunyi dari Ruang Irama, Kotak Hitam

Spacehawk
Cora
Nocta
Seikan No
Iqbal M

8 suku - 12 setengah 

Bersama kau.


Sebelum.
59 minit bukan satu masa yang singkat. Kita cerita pasal sekeliling dan semasa. Pasal kelajuan dan haiwan. Banyak cerita. Sambil sambil aku terfikir, kerna apa kita sampai sini. Sampai seperti ini. Tapi living in the past is not what am I gonna be anymore. Live in the moment. Ini yang pertama. Melayan musik yang kita suka. Bersama.

Semasa.
Spacehawk mula dengan 5 buah lagu yang aku fikir masih boleh lagi pergi jauh. Mati itu menarik lagu dan arrangementnya. Tapi siapa aku untuk bicara perihal musik, aku bukannya handal. Ukur baju di badan sendiri. Yang pasti, Akmal, the guitarist was good! Real good! The expression, I was enjoying it.

Cora
Nocta
Seikan No
Kerna aku baru pertama kali dengar lagu lagu mereka, jadinya tak banyak yang bisa di bicara. Cumanya, lagu Seikan No ada bunyi japang. Terasa selesa dengan nama band mereka (tho I don't know whether it is japanese name or not). Seikan No dan Nocta lebih kepada irama dari lirik jadinya aku yang baru ini, hampir ke laut mengelamun. Maaf. Ambil masa untuk berkenalan.

Iqbal M
Antara 2 Darjat awal2 lagi sudah menarik perhatian. Ditambah dengan studio record aku tonton di youtube, membuatkan aku sedikit risau. He looked like he would not behave. And he's not. He was interactive performer. He interacted and being the centre of attention for the night was not a good feeling. Malu. Segan. Tho it was a good moment to hold on for a very long time. Paling Cinta Dalam Dunia nampaknya jadi lagu kegemaran kerna apa yang berlaku. Terima Kasih Iqbal untuk tidak behave dan berkelakuan sebegitu. You gain yourself a new fan!

Selepas.
Aku kepenatan dan tertidur dan terus sampai kerumah. Terima kasih untuk gig date. Another bucket list has been crossed off.


Monday, 12 February 2018

Aku

Hari ini aku cerita tentang apa yang aku rasa. Kalau dulu meluahkan itu susah merumuskan perasaan dan ada tulisan bisa melegakan jiwa tapi kini, tulisan pun tak bisa melepaskan apa yang terbuku.

Buku.
berbuku perasaan itu berjilid, comot dan kotor dan perlu aku ingatkan lagi. Hilang sudah diri. Aku hilang, hanyut dibawa diri sendiri mengejar kejayaan. Aku tak berasa puas. Tak. Aku tak rasa ada gunanya aku untuk diri aku.

Aku.
Apa ertinya menjadi seorang aku.

mencari.

dan mati.



Saturday, 6 January 2018

Dua Lima

Dua Lima
Dalam tahun duaribulapanbelas
Aku lakukan apa yang aku mahukan
Pencapaian yang aku pernah ragui dahulu
Dia kata "Kau pasti boleh kerna kau sentiasa boleh"
Aku percaya katakata itu
Aku percaya katakata kamu
Syukur tuhan

Dua Lima
Aku mahukan lebih dari dunia
Aku mahukan kebahagian disana
Aku mahukan kebijaksanaan
dan setiap kemahuan itu pasti diuji
dan berikanlah aku kekuatan

Dua Lima
Harapnya cerita yang lebih muhasabah untuk ditulis
Diri yang lebih dipercayai oleh diri sendiri
Lebih banyak kebaikan yang aku lakukan
Lebih banyak bersabar dan menerima

Dua Lima
Dua nombor yang aku bayangkan dari dulu
Untuk menjadi versi yang terbaik
Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan

Sunday, 10 December 2017

Perhatian

Perasaan ini yang sudah lama dipendam
Yang kira kira sudah tersimpan rapi
Dan aku sudah terima semuanya

Aku bahagia
Bahagia itu sederhana

Tapi perasaan itu kembali
Mahukan perhatian aku
Perhatian yang aku sudah alihkan pada lainnya
Kapan perasaan ini bisa berhenti

Letakkan noktah
Aku cuba
Pejamkan mata
Dan tersenyum

Kerna yang benar itu
Aku bahagia
Dan masih merasa tidak cukup
Dan aku sudah merasa lelah

Thursday, 7 December 2017

Jarussalem

Saat ini aku hanya sibuk
Dengan masalah, mesin, manusia
Aku dapat pemberitahuan kelmarin
Tapi aku terima sambil lalu
"Ya. Ini tidak patut. Trump itu kejam"
Dan aku biarkan masalah itu diawangan
dan melupakan
Hari ini aku baca lagi
Tajuk hangat
Mereka yang lainnya semua berketahuan
Dan aku masih lagi sibuk
Dengan masalah, mesin, manusia
Aku baca tulisan patriot
Tentang sejarah
Aku malu kerna aku buta dan tuli
Tentang sejarah
Dan sepertinya kita sudah kembali mengulangi sejarah
Dan kembali melakukan kesalahan
Berapa tahun lagi pastinya kita akan bebas jika Jarussalem ditawan kali kedua?
Apa yang aku boleh lakukan?